Lagenda lyrics

Songs   2024-07-05 15:50:52

Lagenda lyrics

Sejuta bintang di angkasa,

Sinarnya mempesona,

Sebutir bintang di taman seni,

Cahayanya berseri,

Biar bertahun masa beredar,

Satu wajah satu nama takkan pudar...

Tetap jelas di ruang mata,

Setiap gerak gaya,

Bergetaran merdu sinar,

Di persada budaya,

Hingga kini menjadi sebutan,

Tetap terpahat namamu di ingatan...

(korus)

Kaulah satu satunya,

Di antara berjuta,

Insan teristimewa...

Patah tak tumbuh lagi,

Hilang belum berganti,

Kerana kau tersendiri...

Kaulah satu satunya,

Di antara berjuta,

Insan teristimewa...

Kau kebanggaan kita,

Kau budayawan bangsa,

Engkau... lagenda...

Sheila Majid more
  • country:Malaysia
  • Languages:Malay
  • Genre:Jazz
  • Official site:http://www.sheilamajid.com
  • Wiki:https://ms.wikipedia.org/wiki/Sheila_Majid
Sheila Majid Lyrics more
Sheila Majid Featuring Lyrics more
Excellent Songs recommendation
Popular Songs
Artists
Songs