Over the Moon [OST] - Dengan Roketku [Rocket to the Moon]
Over the Moon [OST] - Dengan Roketku [Rocket to the Moon]
Ku lihat atas sana
Wajahmu terpancar dan matamu bersinar
Pelukanmu kurasa
Bahagia sekeluarga
Kau, ku dan Ba Ba
Tak ku sangka ada orang baru dan melupakanmu
Dalam banyak cerita, Chang'e paling kusuka
Dia kehilangan Hou Yi dan terbang ke bulan
Di sana menantikan
Ba Ba tak begitu
Ku perlu bukti kisah itu wujud untuk ingatimu
Ku terbang
Chang'e, kau seru namaku?
Ku terbang
Adakah kau memandangku?
Kau nampakkah segalanya?
Bolehkah kau dengar suaraku?
Ku terbang
Kalaulah ada sayapku, melayang ke tempat tiada yang sangsi
Berjalan di atas bulan
Apa cara ke sana untukku
Bina roket ke bulan?
Akan ku rentas bintang demi keluarga
Ku tunjukkan kepada Ba Ba apa cinta abadi
Buktinya dalam hati
Ini realiti dan saksi
Mungkinkah aku akan berjaya?
Mampukah gadis seperti aku membina roket?
Cuba bayangkan
Betapa ku mahu ku terbang
Chang'e tunggu aku datang melayang
Ba Ba, ku bukti padamu
Ku bebas dari graviti
Hei, Chang'e nantikan aku!
Ke bulan dengan roketku
- Artist:Over the Moon (OST)